Selasa, Disember 29, 2009

KAD KREDIT: BOLEH GUNA MATA GANJARAN BAYAR CUKAI PERKHIDMATAN


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Berkuat kuasa mulai 1 Januari ini, setiap kad kredit utama dan kad caj akan mula dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak RM50 manakala setiap kad tambahan pula sebanyak RM25 seperti mana yang diumumkan dalam Bajet 2010.
Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM) dalam kenyataannya di sini berkata, garis panduan mengenainya telahpun diterbitkan oleh Kementerian Kewangan.
"Di bawah garis panduan itu, cukai berkenaan akan dikutip oleh bank dan para pengeluar kad berkenaan sebelum dibayar kepada Ketua Pengarah Kastam dan Eksais. Jumlah cukai perlu dibayar akan dinyatakan di dalam penyata bulanan pemegang kad secara berasingan," kata ABM.
Menurut ABM, cukai perkhidmatan akan dikenakan sewaktu kad kredit dan kad caj diterbitkan, selepas genap tempoh setahun kad itu dikeluarkan atau ketika pembaharuan dibuat.
Sebagai contoh, bagi kad kredit atau caj yang sah digunakan selama setahun mulai 10 Januari 2010 hingga 9 Januari 2011 - cukai perkhidmatan RM50 akan dikenakan pada 10 Januari 2010, iaitu tarikh kad itu dikeluarkan.
Bagi kes kad kredit atau kad caj yang dikeluarkan untuk tempoh sah sehingga lima tahun (8 Mac 2010 hingga 7 Mac 2015), cukai perkhidmatan akan dikenakan pada tarikh kad dikeluarkan dan apabila genap setahun kad tersebut.
Untuk kad kredit atau kad caj sedia ada yang sah untuk tempoh lima tahun (bermula 18 Mei 2008 hingga 17 Mei 2013), tiada cukai perkhidmatan akan dikenakan sehinggalah tempoh setahun iaitu pada 18 Mei 2009 kerana cukai itu hanya dikuatkuasakan 1 Januari 2010.
Bagaimanapun, cukai perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan pada 18 Mei 2010, 18 Mei 2011 dan 18 Mei 2012.
ABM berkata, kad-kad berikut tidak dikenakan cukai perkhidmatan iaitu kad debit, kad petrol (yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat minyak, seperti Fleetcard dan Smartpay), kad caj yang digunakan oleh komuniti tertutup yang digunakan di sekolah, tempat kerja dan kelab sahaja.
Turut dikecualikan ialah kad kesetiaan seperti Bonuslink, dan kad E-Money seperti Touch n' Go.
"Cukai perkhidmatan tidak akan dikenakan bagi mengganti kad-kad tersebut sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan atau pemalsuan.
ABM menjelaskan, bagi kad kredit dan kad caj yang dinaikan tarafnya atau diturunkan tarafnya atau ditukar daripada kad Islam kepada kad konvensional atau digunakan semula selepas pembatalan, cukai perkhidmatan akan dikenakan kecualilah tempoh pegangan kad lama dan baru adalah sama.
ABM berkata, bank dan para pengeluar kad telah dibolehkan untuk membenarkan pemegang kad menggunakan mata penebusan, ganjaran atau rebat yang dikumpulkan untuk membayar cukai perkhidmatan itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol ABMConnect di 1-300-88- 9980 bermula Isnin hingga Jumaat atau emel ke banks@abm.org.my.

KOMISEN LUMAYANNNN !!!!!!!!
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI.............
FAISAL - 014 222 4446
AZMI - 016 311 1112
MUDAH KERANA KAD INI MERLUKAN MINIMUM 2 Dokumen untuk mohon.....
LIHAT KELEBIHAN KAD DISINI....
----------------------------------------------------------------
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN KAD KREDIT
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN)
PHOTOSTAT IC DEPAN BELAKANG / PAYSLIP TERKINI
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (UNTUK SWASTA)
PHOTOSTAT IC DEPAN BELAKANG/ 2 BULAN PAYSLIP / 3 BULAN STATEMENT BANK TERKINI
EA FORM ATAU STATEMENT EPF/ KAD KREDIT LAMA (JIKADA)
DOKUMEN UNTUK PENIAGA
PHOTOSTAT IC / 3 BULAN BANK STATEMENT / EA FORM & SSM / KAD KREDIT LAMA (JIKADA)